Mahathir Kecam Parti Lawan!

11 September, 1999

Tradisi Mahathir mengecam parti lawan secara terus terusan merupakan taktik kotor bagi kesinambungan kerjaya politiknya dalam meraih simpati rakyat terhadap beliau yang kian luntur populariti dan sokongan.

Mahathir mendakwa pentingnya kerajaan yang kuat bagi membolehkan politik negara stabil dan menghalang berlakunya rusuhan jalanan atau tindakan tidak bertanggungjawab yang lain.

Beliau berkata parti-parti lawan sepatutnya berterima kasih kepada BN kerana mereka bebas mengkritik kerajaan. Anihnya dalam masa yang sama kerajaan mengenakan berbagai sekatan undang-undang terhadap kebebasan bersuara dan mengkritik samada oleh parti politik dan rakyat. Buktinya kerajaan akan menggunakan ISA yang menekan dan mezalimi rakyat.

Perkara ini menjelaskan kepada rakyat akan pembohongan Mahathir.

Mahathir juga mengeluarkan kecamannya ke atas Kerajaan PAS Kelantan yang didakwanya gagal membangunkan ekonomi di negeri itu dan menerapkan nilai-nilai agama seperti yang digembar-gemburkan mereka. Sudah pasti segala pembangunan yang dimaksudkan oleh Mahathir ialah melaksanakan projek mega yang membazir duit rakyat sebagaimana Bangunan Menara Kembar Petronas.


KEMBALI