Imam Kesal Mimbar Masjid Jadi Sasaran

11 September, 1999

Semasa menyampaikan khutbah Jumaatnya semalam, Imam Besar Negeri Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Assyeikh Mohd Noor Mansor Al Hafiz kesal kerana pihak tertentu yang terlalu mengikutkan nafsu mereka hingga sanggup menidakkan serta menolak kebenaran yang disampaikan melalui mimbar masjid seminggu sekali.

Justeru itu beliau menyatakan bahawa sebagai umat Islam kita perlu tunduk dan patuh kepada kebenaran yang disampaikan sebagai nasihat dan peringatan seminggu sekali melalui mimbar masjid.

Jika sudah berani menolak hadis dan Quran, maka amat buruklah padanya. Biar pun ianya hanya berupa tulisan yang melaga-lagakan khatib dengan pihak tertentu, katanya lagi. Anihnya perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Mengapa baru sekarang mahu mempertikaikan kebenaran yang disampaikan.

Syeikh Mohd Noor Mansor seterusnya mengingatkan bahawa umat Islam akan rugi jika kita terus-terusan bersikap anti kebenaran dan tidak mahu menerima pandangan dan nasihat setiap minggu melalui mimbar masjid.


KEMBALI