Perasuah Tidak Layak Untuk Komen!!!

11 September, 1999

Datuk Seri Rafidah Aziz mendakwa para peguam DSAI mempunyai niat jahat dengan bertindak mendakwa bekas TPM itu menghidapi keracunan arsenik di saat para pemimpin Apec memulakan mesyuarat di Auckland, New Zealand.

Beliau mendakwa niat jahat itu, sedangkan para peguam bekas timbalan perdana menteri itu telah mengetahui perkara berkenaan lama sebelum ini.

"Di sini kita sangat musykil dan hairan kenapa agaknya satu insiden yang telah berlaku pada 26 Ogos, hanya diberi perhatian oleh pihak Anwar dan peguamnya semasa Apec berlaku, iaitu ketika semua media dunia bertumpu di New Zeland, pemimpin dunia bertumpu dan badan-badan bukan kerajaan dunia (NGO) bertumpu di sini.

"Adakah ia mempunyai muslihat politik?" katanya mengulas mengenai perkara itu.

Beliau mendakwa sangat terkejut apabila lewat petang semalam telah ditanya oleh media bahawa kononnya Anwar Ibrahim dibawa ke hospital dan didapati terdapat tahap arsenik yang tinggi dalam badannya.

"Ini adalah satu niat jahat," kata Rafidah.

Rafidah berkata: "Pada pendapat saya, logiknya kalau Anwar benar-benar menghadapi sakit perut, cirit-birit kerana makanan mempunyai unsur-unsur negatif seperti keracunan, mengapa tidak waktu hari sakit itu juga dikeluarkan berita dia sakit perut, muntah-muntah atau cirit-birit dan hari itu juga laporan hospital ditunjukkan apakah sebabnya dia sakit perut dan muntah.

"Dan ditunjukkan apakah elemen yang ada dalam makanan yang dimakannya, sama ada makanan dalam tempat tahanan atau yang dibawa oleh keluarga atau sebagainya,".

Kata-kata Rafidah itu dilihat selari dengan tanggapan Mokhtar Dugong yang mengatakan keluarga DSAI sendiri yang meracunnya.

Rafidah berkata: "Jadi ini seolah-olah ada satu perancangan yang sengaja dibuat, saya rasa niat jahat seperti ini kita boleh agak akan terus berlaku kerana tentu sekali beliau (Anwar) dan rakan-rakanya ingin mendapat modal politik sebanyak mungkin dari semasa ke semasa terutama apabila ada fokus perhatian dunia dalam mana-mana acara."

"Jadi inilah pada pendapat saya menunjukkan peribadi sebenar orang yang digelar Anwar Ibrahim itu, galerinya ialah dunia dan bukan tumpuan dan pertimbangannya kepada negara dan masyarakat kita sendiri," kata Rafidah seorang perasuah yang disifatkan oleh Minda Rakyat tidak layak untuk menyatakan pendirian berhubung dengan kes DSAI.


KEMBALI