Ada Cubaan Membunuh!!

11 September, 1999

DSWA melahirkan rasa terkejut dan amat takut dengan perkembangan yang mengatakan suaminya DSAI menghidapi keracunan arsenik semasa dalam lokap polis dan penjara.

DSWA juga menolak andaian Mukhtar Dugong, Peguam Negara yang mengatakan bahawa keluarga DSAI sendiri yang mencederakannya.

"Saya amat terkejut dan amat takut kerana ada orang yang mahu menyingkirkan beliau, sehingga sanggup membunuhnya. Namun saya telah melalui semua ini apabila beliau ditahan dan apabila saya mendengar desas-desus bahawa Datuk Seri Anwar diberi suntikan virus dan kemudian apabila saya melihatnya di mahkamah buat kali pertama dengan matanya yang lebam," katanya merujuk peristiwa Datuk Seri Anwar ditahan pada September tahun lalu.

"Justeru apa yang telah berlaku lagi seperti igauan lebih-lebih lagi apabila nyawanya terancam."

Sebelum itu Karpal Singh menyatakan seseorang berkedudukan tinggi mungkin terlibat dalam konsfirasi mahu membunuh DSAI

"Jika beliau diracun secara perlahan-lahan, sesuatu mesti dibuat mengenainya. Dakwa orang itu atas cubaan membunuh. Saya syak orang yang mempunyai kedudukan tinggi bertanggungjawab terhadap keadaan ini," katanya.


KEMBALI