Mokhtar Dugong Kata Keluarga Cederakan DSAI

11 September, 1999

Kenyataan Mokhtar 'Dugong' amat menyinggung perasaan rakyat negara ini apabila menyatakan bahawa keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin meracunnya dengan arsenik. Beliau mendakwa ia mungkin dilakukan melalui pemakanan.

Mokhtar berkata demikian sebagai membela 'seseorang' apabila Karpal Singh menyatakan 'seseorang di luar sana' mungkin bertindak mahu mencederakan dan membunuh DSAI. Beliau juga mengatakan tuduhan Karpal Singh itu tidak wajar.

"Saya mengingatkan pihak pembelaan supaya jangan melulu menuduh orang tertentu terlibat dalam konspirasi untuk membunuh atau mencederakan Datuk Seri Anwar," ujarnya.

"Ia mungkin satu kes sengaja diracun oleh seseorang atau beberapa orang yang tidak diketahui sama ada dalam penjara atau dalam premis mahkamah -- atau mungkin kerana keracunan makanan yang tidak disengajakan melalui makanan yang dimakan oleh Datuk Seri Anwar," katanya.


KEMBALI