Pergerakan Pemuda KeADILan merasa amat terkejut dan memandang dengan amat serius laporan yang diterima yang jelas menunjukkan kadar arsenic acid dalam tubuh Dato' Seri Anwar Ibrahim berada di paras jauh melebihi kadar biasa.
Kenyataan Peguam Negara, Mohtar Abdullah yang menuduh bahawa keadaan ini sengaja di rancang oleh pihak Dato' Seri Anwar dan secara tidak langsung menuduh Datin Seri Dr Wan Azizah beranggungjawab kerana turut menyediakan makanan untuk Dato' Seri Anwar semasa sidang mahkamah adalah suatu kenyataan yang keterlaluan yang datang dari seorang Peguam Negara yang paling bangsat dalam sejarah perundangan negara ini.
Saya, ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk sama-sama menyatakan bantahan terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap Dato' Seri Anwar ini dengan berhimpun secara aman di Masjid Negara pada waktu Zuhur esok, 11 September 1999. Ini sesuai dengan semangat yang termaktub di dalam Peruntukan Perlembagaan Negara yang dengan jelas mengiktiraf hak setiap rakyat untuk berhimpun secara aman.
Sekian. Salam Perjuangan.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Ketua Pemuda Pergerakan
Parti Keadilan Nasional
10 September 1999