10 September, 1999
Kezaliman Mahathir @ Maha Firaun itu sudah sampai ke kemuncak kemarahan rakyat. Dari segenap lapisan, samada dari kelas atasan (intelektual), sederhana mahupun bawahan, perbuatan Maha Firaun itu tidak dapat diterima dan disifatkan sebagai melangkaui batas-batas susila sebagai manusia normal.
Justeru itu Maha Firaun terus angkuh kerana masih terdapat kaki ampu, pembodek dan 'tukang urut' serta 'tukang kipas' yang mahu bersekongkol dengan kezaliman yang dilakukan. Tidak cukup dengan penghinaan, keaiban dan berbagai tuduhan liar dan fitnah, maka DSAI diracuni secara perlahan-lahan melalui pemakanannya yang jelas merupakan isyarat kepada rakyat supaya bangun menentang kezaliman ini secara fizikal.
Mahathir jangan terlalu mencabar kesabaran rakyat. Jika dimuka sudah dipalit arang, atau hati dirobek perasaan, segala kemungkinan boleh terjadi. Jika benar anda seorang pemimpin, bubarkan parlimen sekarang biar rakyat memilih pemimpin dan menentukan kerajaan baru.
Jika anda masih berdegil, jangan dikatakan anak derhaka kepada bapa. Usah diungkap Tuah derhaka kepada Sultan. Generasi demi generasi, pantang Melayu dicabar. Jika membujur lalu, melintang patah!!!!
MINDA RAKYAT