12 September, 1999
Tindakan memperalatkan media, jentera kerajaan, institusi kehakiman dan jabatan polis dilihat sebagai amalan politik bertaraf rendah dan tidak profesinal. Sebaliknya parti politik perlu lebih rasional dan profesional dalam menangani apa sahaja isu mahu pun dalam usahanya mengekalkan kuasa dan mencapai kemenangan dalam sesuatu pilihanraya.
Jika amalan sesebuah parti politik itu di atas landasan yang benar dan berprinsip kepada keadilan terhadap semua ahlinya, maka sudah semestinya parti itu akan menerima sokongan rakyat.
Sebaliknya amalan nepotisme, kronisme dan bodekisme melambangkan kedhaifan sesebuah parti yang mendakwa memperjuangkan rakyat. Justeru itu tidak hairanlah jika parti itu kini tidak lagi mendapat sokongan rakyat.
Seruan ini dibuat oleh Dr. Hatta Ramli dalam sesi Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Song Choon, Ipoh malam tadi.