12 September, 1999
DSWA menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pak Lah 'B' yang mengatakan pihak pembela menyimpan keputusan ujian air kencing DSAI yang mengandungi kandungan asid arsenik secara berlebihan itu terlalu lama.
Sebaliknya beliau mengatakan, bahawa keputusan itu diterima pada 9 September lalu dan setelah mengkaji implikasi undang-undang, maka pihak peguambela mengemukakan kepada pengetahuan mahkamah pada keesokan harinya.
Jelas di pihak kerajaan bukan mahu membantu meredakan sesuatu isu, malahan merekalah pencetus hura hara dalam negara ini.