Rakyat Sedih Mahathir Ulangi Sikap 'Prejudisnya' Terhadap Anwar

12 September, 1999

Rakyat negeri ini rata-rata melahirkan rasa dukacita mereka dan simpati yang amat sangat terhadap sikap 'prejudis' yang ditunjukkkan oleh Mahathir terhadap DSAI. Mereka yang sempat Minda Rakyat temui dalam Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Song Choon, Ipoh, malam tadi menyifatkan tidak akan melupakan keperitan yang ditanggung oleh DSWA dalam perkara ini.

Jika dalam peristiwa 'malam jahanam' 20 September, tahun lalu, PM Mahathir menyifatkan lebam yang terdapat di muka DSAI adalah kerana perbuatannya sendiri, maka kali ini PM Mahathir menyifatkan tiada kejadian bunuh dalam amalan politik negara ini. Ia sekaligus membawa erti bahawa ahli politik BN tidak pernah 'membunuh' seseiapa mahupun para pemimpinnya dalam mengekalkan kuasa mereka. Demikianlah peri bersihnya dan sempurnanya amalan politik di Malaysia.

Jika demikianlah dakwaan Mahathir, rakyat ingin bertanya apakah yang terjadi kepada Datuk Taha berbelas tahun dulu? Dan Jalil Ibrahim yang ditemui mati di Hong Kong itu kerana apa? Inikah yang Mahathir katakan sejarah politik di Malaysia tidak pernah membunuh orang?


KEMBALI