Berjuta kemaafan seandainya para netters seringkali menemui tulisan yang kabur, tidak begitu jelas atau ketidaksempurnaan dalam struktur ayat yang disusun dalam ruangan Minda Rakyat.
Ini adalah kerana berita dan informasi ini seringkali disediakan dalam apa jua keadaan bagi memastikan kepantasan maklumat untuk disampaikan kepada anda. Kadangkala tugas ini disediakan waktu menghadapi tuntutan 'bantal dan tilam', tetapi ia terpaksa ditunda demi jihad terhadap ugama Allah yang memerlukan runtunan pengorbanan jitu.
Demi keseimbangan maklumat, Minda Rakyat tidak mahu terpinggir dalam arus reformasi negara. Kebangkitan rakyat menentang kezaliman merupakan satu jihad dan kesempatan yang sama diambil oleh Minda Rakyat bagi menyebarkan maklumat sesama mujahid dan mujahadah agar ini akan lebih memantapkan lagi perjuangan kita.
Percayalah janji Allah. Tiada sebaik janji, selain janji Allah dan tiada sebaik sumpah selain sumpah Allah. Kemenangan pasti akan tercapai melalui janji Allah bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (menolong) ugama Allah, Allah akan membela (menolong) kamu dan meneguhkan pendirianmu" - Muhammad:7
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan (saat) kemenangan dan kamu lihat manusia masuk ugama Allah secara beramai-ramai. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadanya. Sesungguhnya Dialah Maha Penerima Taubat" - AnNashr:1-3
Justeru itu Minda Rakyat menyeru setiap lapisan masyarakat di negara ini, khususnya yang berada di kelas menengah dan bawahan supaya tampil bersama-sama memberikan maklumat dan menyediakan informasi dalam lembaran baru, medan jihad di alaf baru!
Polong Cyber