12 September 1999
Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin kerajaan yang lain tentang kelewatan 14 hari memaklumkan keputusan ujian makmal sampel air kencing Saudara Anwar Ibrahim oleh pihak peguambela di mahkamah, saya dengan ini ingin memberikan penjelasan yang terperinci tentang isu tersebut:-
Oleh itu jelas bahawa dipihak saya dan peguam-peguambela tidak pernah sama sekali melambatkan pengumuman keputusan ujian makmal seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain. Kenyataan-kenyataan mereka itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan Saudara Anwar Ibrahim di dalam penjara.
Ini adalah sama seperti sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain dalam peristiwa pembelasahan Saudara Anwar Ibrahim oleh bekas Ketua Polis Negara pada 20 September 1998.
Saya menganggap kenyataan Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan tentang isu tahap racun yang terlalu tinggi dalam sampel kencing Saudara Anwar Ibrahim sebagai satu lagi bukti tentang cara mereka dengan sengaja memutarbelitkan dan memesong pemikiran rakyat dari isu sebenar.
DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL