ADUN Pasir Panjang Menghina Islam, Menghina Quran

13 September, 1999

Dalam perjumpaan AP Lumut Dr. Yap Yit Thong dan ADUN Pasir Panjang Ir. Muthiah di Lekir pada 6 September lalu, dengan penduduk Lekir, beberapa isu sensitif telah dibangkitkan oleh wakil kerajaan BN itu.

Kehadiran kira-kira 200 orang penduduk Islam Lekir hanya menyaksikan Ir. Muthiah ADUN Pasir Panjang menghina Islam dengan perkataan 'Islam menipu' dan 'Quran penipu'. Sebaliknya setiap kali perkataan itu diluahkan maka ia disambut tepukan gemuruh masyarakat Islam yang hadir.

Timbul persoalan bahawa apakah perasaan mereka yang mengaku Islam di majlis penerangan tersebut tidak tersinggung langsung dengan kata-kata hina oleh ADUN Pasri Panjang itu? Dimanakah maruah orang-orang UMNO yang mengaku Islam? Jika benarlah maklumat ini, maka tunggulah pembalasan Allah terhadap mereka ....


KEMBALI