Najib Pertahankan Kezaliman Kerajaan!!

14 September, 1999

Menteri Pendidikan Najib Tun Razak sekali lagi menyelewengkan fakta sejarah dengan mempertahankan kezaliman dan tindakan kerajaan setelah memecat & memenjara  DSAI melalui konsfirasi politik peringkat tertinggi negara.

Ketegasannya dalam mempertahankan 'bersihnya' kerajaan Barisan Nasional terlihat apabila beliau menyatakan kerajaan BN tidak pernah menggunakan tindakan kekerasan terhadap sesiapa yang menentang kerajaan.

Justeru itu katanya, parti pembangkang tidak wajar menuduh kerajaan terbabit dalam konspirasi untuk meracuni DSAI berikutan dakwaan bahawa air kencing bekas timbalan perdana menteri itu mengandungi racun arsenik.

Beliau berkata demikian di Kota Bharu semalam.


KEMBALI