14 September, 1999
Majlis Peguam Negara mengedarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes keracunan yang dialami oleh DSAI dalam Persidangan Undang-undang Komanwel Ke-12 di Pusat Persidangan Sunway Pyramid, Petaling Jaya semalam.
Kenyataan itu sebagai menjelaskan kepada ahli perundangan seluruh dunia hak kebebasan bersuara dan kes sebenar yang melibatkan DSAI dan kepincangan dalam sistem perundangan negara hingga membenarkan kerajaan mengkuda institusi perundangan dan sistem kehakiman negara.
Jika hak asasi seperti kebebasan bersuara tidak dilindungi, orang ramai akan menganggap sistem kehakiman sebagai tidak bebas, kata bekas presiden
Majlis Peguam Raja Aziz Addruse hari ini.
Beliau berkata satu-satunya jalan untuk menangkis tanggapan itu ialah dengan mengadakan lebih banyak persidangan antarabangsa seperti Persidangan
Undang-undang Komanwel ke-12 yang sedang berlangsung sekarang.
Katanya persidangan ini akan membolehkan peguam-peguam Malaysia menyuarakan pandangan mereka agar dapat didengar di dalam dan luar negara.
"Mungkin dengan menyuarakan pandangan-pandangan itu, akan berlaku perubahan dalam dasar kerajaan dan sistem kehakiman di negara
ini,"
katanya pada persidangan empat hari yang dihadiri kira-kira 1,000 peguam dan hakim dari lebih 50 negara Komanwel.
Beliau berkata demikian semasa menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh peserta mengenai apa yang patut dibuat apabila hakim "tidak melindungi
hak asasi."
Menjawab soalan yang sama Hakim Beverley Mclachlin dari Kanada berkata adalah amat penting untuk mengekalkan kehakiman yang bebas dalam mana-mana
sistem.
"Ia adalah pilihan yang penting yang mesti diiktiraf oleh setiap orang," katanya.