14 September, 1999
Maklumat yang diterima menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan pekeliling yang melarang kakitangannya menyatakan sokongan dengan apa cara sekalipun, termasuk menghadiri ceramah parti alternatif mahupun mempamirkan logo dan bendera parti-parti alternatif.
Tindakan ini disifatkan melanggar kebebasan rakyat dan hak asasi mereka untuk menyatakan pendirian sebenar berhubung pelbagai isu dalam negara tercinta ini. Dengan penerimaan pekeliling ini.Justeru itu maka jadilah kakitangan kerajaan sebagai 'kera sumbang'.
Walau bagaimana pun Minda Rakyat sedang berusaha untuk mendapatkan fotokopi surat pekeliling tersebut untuk tatapan bersama.