Husni, Nazri Saling Tuduh Menuduh

15 September, 1999

Dalam perjumpaannya dengan AJK dan ahli UMNO Cawangan Chemor Barat pada 10 September lalu, Husni Hanadzlah Ahli Parlimen Tambun, menuduh Nazri Ismail ADUN Manjoi sebagai terlalu ke'Mahathir'an. Nadzri didakwanya sanggup mengatakan segala projek mega yang dilakukan oleh Mahathir adalah untuk kepentingan orang Melayu, manakala DSAI adalah penentang kemajuan orang Melayu.

Walaupun beliau (Nazri Ismail) tidak akan dilantik kembali sebagai calon ADUN, namun beliau seratus peratus menyokong kepimpinan Maha Firaun itu. Demikianlah Nazri Ismail, pada pandangan Husni.

Namun pada malam perjumpaan tersebut, Husni tidak kurangnya mencerca DSAI, walau pun beliau suatu masa dahulu duduk dalam kem DSAI. Namun beliau berpaling tadah menyokong kepimpinan Mahathir dengan harapan akan dilantik semula sebagai calon Ahli Parlimen Tambun.

Dalam perjumpaan secara sulit itu, Husni Hanadzlah hanya berjaya mengumpulkan ahli dan AJK UMNO Cawangan Chemor Barat kira-kira 30 orang sahaja dari keseluruhan ahli melebihi 150 orang.


KEMBALI