Mahathir tuduh Barat kuasai PBB

15 September, 1999

PM Mohamad, dua hari lalu mengkritik struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi dalam masa yang sama bersetuju menyertai pasukan pendamai di Timor Timur yang diketuai oleh badan dunia itu.

PM Mahathir menuduh negara-negara Barat menguasai PBB, menyifatkannya seperti sebuah badan pemerintah 'beraja' yang payah untuk melaksanakan pembaharuan dan jika ada yang membantah akan ditindas.

Sedang 'kuasa yang tidak demokratik' itu kelihatan sesuai dipegang oleh China dan Russia, PM Mahathir menarik perhatian bahawa tiga anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang lain -- Amerika Syarikat, Britain dan Perancis -- 'mengamalkan demokrasi yang memualkan'.

PM Mahathir mendakwa Majlis Keselamatan PBB itu 'menguasai hal ehwal' PBB dan 'menghalang sebarang pihak menyuarakan tentangan'. Ini adalah konsep yang sama sedang dilakukan oleh PM Mahathir ke atas rakyat negara ini.

Apabila pemerintah sesebuah negara itu bersifat feudal, maka pembaharuan payah untuk dilaksanakan kerana perlembagaannya memerlukan persetujuan pihak diraja dan pemerintahan beraja tidak mungkin memberikan persetujuan untuk mengurangkan kuasanya, dakwa Mahathir seterusnya.


KEMBALI