15 September, 1999
Peristiwa pembunuhan Hj. Zubir (Pengerusi Penaja PAS Cawangan Felcra Changkat Lada) minggu lalu tidak boleh dipandang ringan oleh semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerana melalui komando dan pembunuhan upahan, UMNO sudah mengatur strategi untuk menghapuskan pemimpin Alternatif yang berjaya menarik ahli UMNO ke parti lawan.
Maklumat ini tulen diperolehi dari SB Alternatif yang masih dalam UMNO. Penjelasan ini membenarkan maklumat yang disebarkan oleh seorang penulis di laman Mahazalim beberapa minggu dulu tentang pembunuhan yang dirancang oleh UMNO (Sila rujuk di laman Mahazalim)
Justeru itu, para pemimpin parti Alternatif diingatkan supaya berwaspada dan berhati-hati. Beberapa bulan dulu Minda Rakyat pernah memberikan peringatan ini kepada Datuk Dr. Hassan Ali dan Datuk Dr. Harun Din supaya mereka meningkatkan kawalan keselamatan diri masing-masing.
Pemimpin KeADILan juga harus berwaspada. Jadikan peristiwa pembunuhan Hj. Zubir satu titik tolak bahawa siri pilihanraya kali ini akan menyaksikan permainan terkotor Mahathir untuk menghuru-harakan keadaan dan menimbulkan rasa takut di kalangan rakyat untuk mengundi Alternatif kerana bimbang rusuhan dan huru hara yang ditimbulkan oleh puak-puak UMNO.
Minggu lalu, Hj. Zubir bekas ahli UMNO ditemui mati di dalam parit (taliair) dan post mortem yang dilakukan menemui kesan terbakar di dada dan kepala mangsa.