15 September, 1999
Kecelakaan paling malang bagi seorang ahli politik bergelar Menteri Besar ini ialah kegagalannya menemui rakyat di dalam suatu majlis yang disifatkan sebagai 'sangat mengecewakannya'.
Kejadian ini adalah kisah benar berlaku di Perumahan Awam, Lawan Kuda, Gopeng, Perak pada pagi Jumaat 10 September lalu, apabila Ramli Marcos dan Datin Seri 'Imelda' Norasyikin turun gelanggang untuk merasmikan perpustakaan awam di kawasan berkenaan.
Khemah yang didirikan, makanan yang disediakan tidaklah selayak untuk menjamu kira-kira 40 orang yang hadir termasuklah para pegawai Perpustakaan Negeri dan kenamaan yang mengiring beliau.
Ini bermakna penduduk yang hadir tidak sampai dua puluh orang. Ucapan Ramli yang panjang menjadi singkat dan suasana riang bertukar menjadi pilu. Kesedihan jelas terbayang di wajah Dato' Seri Ramli Marcos dan Puan Seri 'Imelda' Norasyikin apabila terpaksa berucap di hadapan bangku dan kerusi kosong yang memenuhi kawasan berkenaan.
Di dalam kereta, hanya Puan Seri 'Imelda' Norasyikin menyaksikan Ramli Marcos menangis dan hanya Ramli Marcos mengesat air mata Puan Seri 'Imelda' Norasyikin. Lagi siapakah yang menyaksikan peristiwa ini?