Sistem Komputer Yang Memberikan Jawapan Serta Merta!!!

15 September, 1999

Jika anda belum mengetahui bahawa pada pilihanraya kali ini Maha Firaun itu akan menggunakan segala kecanggihan komputer untuk membantunya mengetahui keputusan pilihanraya kali ini secara serta merta.

Ini bermakna jika dewan mengundi ditutup pada jam 5.30 petang, Maha Firaun itu akan mengetahui keputusan pilihanraya kali ini serta merta iaitu jam 5.30 petang juga!!!! Bagaimana ini boleh terjadi?

Sebenarnya ini bukanlah canggih sangat bagi yang memahaminya. Muslihatnya amat senang dan ia tidak mustahil untuk dijayakan asal sahaja mematuhi beberapa syarat. Anda sendiri boleh menentukan samada sistem ini digunakan atau tidak pada pilihanraya kelak.

Pertama, setiap pusat mengundi mesti mempunyai talian telefon dan kedua, setiap pusat mengundi juga mesti mempunyai komputer peribadi secara on-line.

Sebuah aplikasi sudah dibina yang memprogramkan setiap nombor kad pengenalan pengundi yang datang ke khemah UMNO/BN semasa hari mengundi. Misalnya dalam sesuatu pusat mengundi ada kira-kira 500 pengundi. Maka petugas UMNO akan memasukkan nama mereka yang hadir ke khemah mereka sahaja dan menyenaraikan kehadiran itu dalam aplikasi secara on-line tersebut.

Kemampuan memasukkan nama ini tidak mustahil kerana ianya tertakluk dalam kawasan mengundi berkenaan sahaja. Maka setiap pusat mengundi di Malaysia akan mempunyai sebuah komputer dan talian telefon yang akan on-line sepanjang hari mengundi.

Apabila dewan mengundi ditutup jam 5.30 petang, maka komputer akan memberikan jawapan secara automatik  parti mana yang menang dalam sesuatu DUN dan kawasan Parlimen. Seterusnya program ini akan memberikan jawapan berapakah yang dimenangi oleh sesebuah parti dalam sesebuah negeri dan keputusan keseluruhan bagi sebuah negara. Adakah ini mustahil? Jawapannya tidak.

Maklumat ini diperolehi daripada sebuah syarikat komputer bumiputera yang menyediakan aplikasi sebegini dan Mahathir akan tahu keputusan pilihanraya negara tepat jam 5.30 petang, manakala rakyat akan mengetahui seawal-awalnya jam 2.00 pagi atau 3.00 pagi keesokan harinya.

Justeru itu Maha Firaun itu bolehlah mengambil tindakan melarikan diri, sebelum sempat rakyat menangkapnya di keesokan harinya!!


KEMBALI