Sejauhmanakah Bebasnya SPR?

15 September, 1999

Siri penerangan oleh SPR kepada petugas-petugas pilihanraya negeri Perak kawasan Tambun, Ipoh Barat dan Ipoh Timur menyaksikan beberapa kelemahan oleh SPR dan sebaliknya ia meyakinkan para petugas yang hadir bahawa SPR bukanlah badan bebas yang boleh diamanahkan untuk mengendalikan pilihanraya umum negara akan datang!!

Peristiwa ini berlaku pada 7 dan 8 September lalu di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, apabila pengurus pilihanraya negeri, Nik Mustafa Nik Mat ditanya beberapa soalan oleh para petugas pilihanraya.

Antara soalan itu ialah mengapa perlunya mencatat nombor kertas undi yang diserahkan kepada pengundi kerana ia akan menyebabkan undian seseorang tidak bersifat 'rahsia'.

Dalam jawapan pendeknya Nik Mustaffa Nik Mat menyatakan soalan tersebut berbau pembangkang, yang merujuk bahawa soalan ini hanya dikemukakan oleh pembangkang. Jika SPR benar-benar telus, manakah pembangkang SPR? Apakah ini bererti parti SPR ialah UMNO/BN, manakala yang selainnya adalah jelas pembangkang.

Ini menjelaskan kepada rakyat bahawa sememangnya SPR bukan sebuah badan bebas dan akan bersekongkol bagi memastikan UMNO/BN akan mencapai kemenangan walaupun dengan berbagai helah.


KEMBALI