15 September, 1999
Tindakan kerajaan Malaysia memudahkan perjalanan pelancong secara berkumpulan dari Singapura dengan membenarkan ejen pelancongan mereka mendapatkan
borang kemasukan dan visa terlebih dahulu mulai 1 Oktober ini disifatkan oleh pemerhati politik tempatan sebagai melaksanakan taktik yang telah dirancang untuk
membawa masuk pengundi hantu masuk ke negara ini.
Tindakan melanjutkan masa penyerahan borang permohonan pelancong sehingga jam 4 petang juga dilihat sebagai memudahkan kemasukan itu dengan
tempoh memprosesnya disingkatkan kepada 24 jam sahaja.
Ini bermakna segala taktik Mahathir mahu membawa kemasukan pengundi haram akan dapat dilaksanakan dengan mudah, tanpa halangan. Ini juga membawa erti tarikh pilihanraya akan diadakan selepas 1 Oktober, 1999 sesuai dengan perlaksanaan penguatkuasaan itu.