Saya menerima berbagai pandangan dan komen demi memperbaiki laman web ini. Saya dengan ikhlas hati menerima komen saudara dan insyaAllah akan saya cuba laksanakan sedaya mungkin, walau pun tidak berkesempatan di saat ini.
Harapan saya Minda Rakyat biarlah menjadi satu sumber maklumat alternatif yang berterusan untuk tatapan anda rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, keadilan, perpaduan dan keharmonian hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
Menyedari bahawa kezaliman yang berlaku hari ini, berleluasa hingga menutup segala kebenaran dari segenap sudut kehidupan dan memutarbelitkan fakta untuk mencapai cita-cita politik murahan mereka bagi mengekalkan kuasa.
Namun sebagai manusia biasa saya mempunyai kelemahan dan tenaga saya amatlah terhad. Justeru itu sumbangan berita dari saudara para netters semua amat saya hargai.
Marilah kita berusaha menegakkan jihad kita secara bersama (berjemaah). Di Alaf baru ini, percayalah perjuangan saudara menuliskan berita dan artikel sama nilainya perjuangan dahulu yang membawa senjata memburu musuh. Pepatah Melayu juga mengatakan bahawa 'mata pena itu lebih tajam dari mata pedang'.
Akhir kata sedetik kita berfikir tentang kebenaran dan kebesaran Tuhan maka ia memyamai kita bersembahyang sunat sebanyak 100 kali. Wallahua'lam!!
Polong Cyber