Pak Lah, Menteri 'Lembap' Dalam Negeri

17 September, 1999

Tindakan mahkamah ke atas bekas Asisten Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid,  dan Saidin Tambi merupakan helah UMNO untuk mengalihkan isu keracunan arsenik ke atas YD DSAI.

Disamping itu ianya juga sebagai membuktikan kepada para peguam dan ahli perundangan negara komanwel yang bersidang untuk melihat 'ketelusan dan keadilan' Mahkamah Kanggaro Malaysia.

Menteri Lembap Dalam Negeri, Pak Lah Badawi serta merta membuat kenyataan bahawa tiada sebab bagi Kerajaan Malaysia untuk mengamalkan  sikap memilih bulu dalam sesuatu tindakan.

Mengenakan tindakan ke atas kedua-dua mangsa berkenaan juga dilihat sebagai mengambil kesempatan dalam waktu yang sedikit untuk membela Mahkamah Kanggaro Malaysia daripada kehilangan kepercayaan oleh rakyatnya sendiri dan juga oleh ahli perundangan dan guaman.

Saidin dituduh menerima rasuah RM1 juta bagi membantu sebuah syarikat dalam permohonan tanah daripada sebuah kerajaan negeri.