TIADA TEMPOH MASA BAGI PASUKAN PENYIASAT BUKTI PAK LAH LEMBAP SUNGGUH!

17 September 1999

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Pak Lah 'B' bahawa pasukan penyiasat khas yang menyiasat dakwaan bahawa YD Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keracunan arsenik, tidak diberi tempoh masa tertentu untuk menyelesaikan siasatan itu, dianggap sebagai tindakan yang 'lembap'.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata siasatan haruslah rapi dan tidak boleh terburu-buru.

Anwar dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak 10 Sept lepas untuk pemeriksaan lanjut atas perintah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ariffin Jaka.

Isu keracunan arsenik dibangkitkan oleh peguam Anwar, Karpal Singh yang memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa keputusan ujian sampel air kencing yang dihantar ke Makmal Patalogi Gribbles di Melbourne, Australia, menunjukkan Anwar mengalami keracunan arsenik.


KEMBALI