Rakyat Malaysia menggesa kerajaan negara ini supaya menyiarkan berita mengenai kesihatan Yang Dikasihi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini masih berada di HUKM Cheras kerana keracunan arsenik.
Satu kenyataan bersama 30 badan bukan kerajaan menuntut 'ketelusan sepenuhnya dan serta-merta' mengenai keadaan Yang Dikasihi DSAI.
Yang Dikasihi (YD) DSAI telah dimasukkan ke HUKM Jumaat lalu atas perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah para peguam memberitahu mahkamah sisa arsenik di dalam tubuh YD DSAI adalah 77 kali paras biasa, setelah menjalani ujian air kencingnya beberapa minggu lalu.