17 September, 1999
Parti KeADILan Nasional akan menghantar memorandum kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak sebagai bantahan terhadap tindakan pihak tertentu yang meracuni YD DSAI semasa dalam penjara.
Memorandum itu akan disampaikan ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan pada hari Sabtu 18 September, 1999 selepas waktu zohor. Para penyokong KeADILan bolehlah datang berkumpul dengan menunaikan sembahyang zohor secara berjemaah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Memorandum yang sama dijangkakan dihantar kepada sultan negeri Selangor dan beberapa negeri lain pada hari tersebut. Ia juga akan disampaikan ke bawah DYMM YDP Agong Ahad ini.