MENYEDARI pakatan jahat konspirasi politik terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah sampai kepada kemuncaknya sehingga ada cubaan membunuh pejuang rakyat ini ;
MENGINSAFI keadaan kesihatan Dato' Seri Anwar Ibrahim setelah diracun amat menyedihkan sehingga mengalami kekurangan berat badan , keguguran rambut , kebas dan kekeringan kulit ;
MENGAKUI rakyat tidak lagi dapat bersabar dan bertolak-ansur dengan kezaliman yang dirancang ;
MAKA kami yang berhimpun pada hari ini 18 September 1999 menuntut Ke Bawah Duli Raja-Raja Melayu untuk memanggil Persidangan Khas Raja-Raja bagi membahaskan tuntutan yang kami persembahkan ini iaitu :
1. Menuntut pertanggungjawaban penuh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berhubung insiden ini kerana ia merupakan insiden kedua setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dibelasah teruk dalam tahanan polis. Insiden ini amat serius kerana cubaan membunuh seorang pejuang rakyat memperlihatkan konspirasi terancang oleh tokoh-tokoh politik yang tidak punya bukti dan hujah untuk membenarkan segala fitnah yang dilemparkan.
2. Menuntut ditubuhkan Suruhanjaya Diraja
, bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap pakatan jahat pimpinan politik kerajaan
yang memperalatkan institusi pelaksana undang-undang , sehingga sanggup tanpa rasa belas dan kemanusiaan
meracun Dato' Seri Anwar Ibrahim. Penubuhan pasukan siasatan kerajaan tidak memadai kerana keyakinan rakyat
kepada badan - badan yang ditubuhkan oleh tokoh - tokoh politik lebih bersifat untuk menutup kejahatan
yang dirancang.
Tindakan meracuni Dato' Seri Anwar Ibrahim ini mengesahkan kepercayaan
rakyat , bahawa pakatan jahat tokoh - tokoh politik kerajaan yang bukan sahaja mahu karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim dipadamkan
tetapi lebih jahat dan hina cuba membunuh Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kejahatan dan salah laku
mereka tidak didedahkan oleh seorang pejuang yqang sentiasa membela nasib rakyat.
3. Menuntut agar Dato' Seri Anwar Ibrahim terus diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor memandangkan keracunan yang dialaminya amat serius. Sehubungan i tu kami menuntut agar Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dipindahkan semula ke penjara Sungai Buloh kerana penjara sudah tidak lagi selamat buat beliau. Malah sementara beliau masih lagi menunggu proses rayuan terhadap hukuman penjara yang dikenakan ke atas beliau , kami menuntut agar beliau dibenarkan diikat jamin untuk membolehkan beliau terus bersama-sama keluarga di saat-saat genting ini di samping mendapat rawatan secara lebih intensif.
4. Menuntut Peguam Negara , Mokhtar Abdullah menarik balik dan memohon maaf atas tindakan biadap dan keparat beliau yang menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim memang merancang insiden keracunan ini untuk meraih simpati malah secara kurang ajar menuduh keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab terhadap keracunan yang dialami oleh beliau. Ini memperlihatkan kebiadapan , keangkuhan dan sikap kurang ajar seorang pelaksana undang - undang yang sepatutnya membuat kenyataan berlandaskan proses undang - undang dan bukannya membuat kenyataan demi untuk memuaskan nafsu serakah tauke-tauke politik mereka.
5. Meminta Ke Bawah Duli Raja - Raja Melayu mengarahkan masjid-masjid seluruh negeri dan negara mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah s.w.t. agar kesejahteraan dan keselamatan dikurniakan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim di samping negara kita selamat daripada mereka yang zalim.