Azizan Tak Layak Jadi Saksi

18 September, 1999

Kredibiliti Azizan Abu Bakar perlu dipertikaikan apabila mahkamah bersidang semula hari Isnin ini. Ini adalah kerana beliau seorang yang rendah moral dan akhlaknya hingga pada suatu masa sanggup menuduh DSAi sebagai seorang munafik yang tidak layak memimpin negara masa depan.

Ternyatalah kini, bahawa Azizan Abu Bakar adalah seorang yang munafik dan pandai bermuka-muka membohongi rakyat Malaysia dan satu konsfirasi fitnah yang menjatuhkan seorang TPM setahun lalu.

Minda Rakyat mengecam perbuatan Azizan sebagai seorang manusia dayus dan tidak berperi kemanusiaan. Minda Rakyat juga menyeru supaya Azizan segera bertaubat dan mengaku dalam mahkamah Isnin ini, bahawa beliau diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk cita-cita politik murahan mereka.

Bertaubatlah Azizan dan insafilah perbuatan kamu!!!


KEMBALI