18 September, 1999
Laungan mengamalkan Kerajaan Islam semata-mata tidak menjadi realiti, jika dalam masa yang sama kita masih meneruskan agenda 'shubhat' dan meluluskan projek maksiat. Biar pun dua puluh buah masjid sebulan mampu dibina, tidaklah sama ertinya dengan mencegah walau 1 kemungkaran di depan mata.
Inilah yang telah terjadi di negeri Perak, apabila JAIP membisu seribu bahasa terhadap kemungkaran di hadapan mata. Ia amat ketara di sepanjang 16 tahun zaman pemerintahan Ramli Marcos.
Pusat maksiat diluluskan tanpa mengambilkira kesensitivitian umat Islam. Umpamanya, Tanjung Golden Village adalah antara panggung wayang moden yang merestui kegiatan maksiat secara terang-terangan.
Di Kampar, Perak, sebuah pusat karaoke dikenali sebagai "Dragon" telah menyaksikan penglibatan orang Melayu secara besar-besaran seperti GRO dan gadis pelayan (part time lover). Mengikut maklumat yang diterima terdapat juga kegiatan pelacuran 'bersendiket' di kalangan gadis pelayan yang juga kebanyakannya gadis bekerja di kilang-kilang berhampiran.