BN Kelantan Kehabisan Modal Berpolitik!

18 September, 1999

Berbagai-bagai karenah dan putarbelit yang dikemukakan oleh pemimpin BN Kelantan bagi memutarbelitkan fakta untuk kepentingan politik mereka berakhir dengan kegagalan.

Justeru itu tidak hairan jika mereka mendakwa kerajaan PAS Kelantan akan kehilangan punca pendapatan akibat sistem pemberian balak yang tidak mengikut sistem tender terbuka.

Isu kehilangan pendapatan bagi Kerajaan PAS Kelantan telah dikemukakan oleh BN sejak sepuluh tahun lalu, iaitu semenjak Kelantan ditawan semula oleh PAS. Namun begitu, rakyat Kelantan masih hidup selesa di bawah payung Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Sehingga kini, BN Kelantan mencari helah untuk menawan semula Kelantan, setelah menyedari diperut bumi Kelantan ada terkandung minyak petroleum yang amat banyak, dan juga kandungan emas tulen yang dijangkakan akan keluar beberapa tahun lagi.

Kesimpulannya hajat BN untuk menawan Kelantan hanyalah kerana mahu membolot hasil mahsyul dan kekayaan negeri!!


KEMBALI