Mahathir Sudah Iktiraf Barisan Alternatif!!

18 September, 1999

Semasa berucap di Kota Kinabalu, semalam, Mahathir meminta rakyat Malaysia agar tidak mempertaruhkan masa depan mereka dengan mengundi Barisan Alternatif dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Permintaan itu secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa Mahathir sendiri takutkan Barisan Alternatif yang kini sudah mendapat pengiktirafan dirinya sendiri!!!

Mahathir mendakwa Barisan Alternatif mengandungi PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) mempunyai empat objektif, tidak seperti Barisan Nasional yang mempunyai satu objektif, untuk membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat. Tentu empat objektif lebih baik dari satu objektif yang membawakan kekayaan kepada kroni-kroni dan rakyat dibebani dengan pelbagai cukai yang tinggi.

Mahathir juga menyentuh soal kerajaan yang kuat untuk mempertahankan Perlembagaan. Kenyataannya ini jelas merujuk kepada hasrat untuk meminda perlembagaan negara jika memenagi pilihanraya kali ini untuk melindunginya dan kroni daripada apa-apa bahaya abad-abad yang mendatang.

Dakwaan Mahathir yang mengatakan, beliau sendiri tidak akan membenarkan pemimpin BN lupa kepada rakyat yang memilih mereka dengan menjadikan diri mereka mewah dan senang, adalah satu lagi pembohongan Mahathir secara terang-terangan.


KEMBALI