Benarkah Negara Kita Sudah Digadai?

18 September, 1999

Maklumat yang diterima menyatakan bahawa akibat mahu meminjam wang, Mahathir akan sanggup melakukan apa sahaja bagi membantunya memenangi pilihanraya dengan sogokan wang ringgit.

Justeru itu satu perjanjian sulit dibuat antara beliau dengan Sultan Brunei untuk mendapatkan sejumlah wang dengan menyandarkan satu daripada 2 menara kembar Petronas yang menjadi kebanggaan negara.

Jika benarlah berita ini maka, Mahathirlah sebenarnya pengkhianat bangsa yang tergamak melakukan apa sahaja demi cita-cita politik murahannya. Rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan wang ringgit, yang begitu rendah sekali pandangan Mahathir terhadap cara berpolitik orang Melayu.


KEMBALI