Kedah dan Terengganu Dahului Negeri Lain

18 September, 1999

Maklumat yang diterima menyatakan bahawa memorandum kepada DYMM Sultan Kedah selamat disempurnakan tengahari tadi. Baginda dimaklumkan telah menerima memorandum yang disampaikan oleh PKN Negeri Kedah dalam satu majlis ringkas penuh bermakna.

Dimaklumkan bahawa ke bawah duli tuanku, telah mencemar duli menyambut ketibaan rombongan rakyat. Baginda seterusnya menyatakan sokongan kepada tuntutan dalam memorandum tersebut.

Minda Rakyat berharap mendapat laporan lebih jelas mengenai perkembangan ini.

Sementara itu di Terengganu juga, majlis yang sama menyerahkan memorandum tuntutan campurtangan ke bawah duli tuanku terhadap isu 'meracun' DSAI semasa dalam tahanan penjara.

Menurut maklumat yang diterima, ke bawah duli tuanku Sultan Terengganu juga menyokong tuntutan dalam memorandum rakyat tersebut.


KEMBALI