Bukit Chandan Bergegar Laungan Takbir!!!

18 September, 1999

Lebih 10,000 orang penduduk negeri ini berkumpul di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar kata satu sumber. Sejak pukul 11.00 pagi lagi bandar Kuala Kangsar telah penuh sesak hingga mengakibatkan kesesakan jalanraya yang 'luarbiasa' hebatnya, berbanding hari-hari biasa.

Tepat jam 1.10 tengahari, solat zohor berjemaah telah diadakan oleh ribuan jemaah yang hadir secara berpusu-pusu. Ia kemudian diikuti oleh sembahyang solat hajat untuk mendoakan kesejahteraan pemimpin dikasihi DSAI.

Selepas solat hajat beberapa pemimpin KeADILan negeri dan tempatan berucap dihadapan para hadirin secara bergilir-gilir. Antaranya ialah cikgu Khalilshah selaku Ketua Parti KeADILan Negeri Perak dan ketua pemudanya Meor Azman.

Sumber dipetik sebagai berkata hingga jam 2.40 petang orang ramai masih bertali arus memasuki kawasan Bukit Chandan dan memorandum masih belum disampaikan pada ketika itu.


KEMBALI