Pak Lah B Dakwa DSAI Tak Beri Kerjasama

19 September, 1999

Pak Lah 'B' mendakwa pasukan khas polis yang menyiasat dakwaan keracunan arsenik Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi masalah sebelum ini kerana bekas timbalan perdana menteri itu tidak memberikan kerjasama.

Sikap kerajaan BN yang berdolak dalik dalam isu DSAI disifatkan oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai satu konsfirasi peringkat tertinggi pemimpin UMNO dalam kerajaan BN mahu menghapuskan DSAI; samada kariernya serta riwayatnya.

Minda Rakyat kesal dengan Menteri 'Lembap' Dalam Negeri, Pak Lah B, kerana bersifat seolah-olah lepas tangan terhadap isu 'meracun DSAI' dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah dan masih mahu bersekongkol dengan Maha Firaun itu.

Pembalasan Allah tetap akan datang. Minda Rakyat menyeru kepada sesiapa yang terlibat dalam konsfirasi ini supaya kembali bertaubat dan menyatakan kebenaran sebelum DSAI pergi meninggalkan kita dan memalit satu sejarah hitam dalam arena politik negara ini.

Minda Rakyat juga memanjatkan doa dan barakah semoga harapan DSAI akan pulih menjadi kenyataan dan selepas piiilihanraya nanti, kerajaan Alternatif akan memburu sendikit konsfirasi ini serta menghukum mereka mengikut pengadilan rakyat!


KEMBALI

 




Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mangsor Ismail sebagai berkata badan penyiasat itu telah merekodkan kenyataan daripada Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras di sini semalam.

Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata: "sebelum ini bila diminta beri kenyataan beliau enggan. Bila diminta beri rambut dan kuku untuk ujian beliau tidak membantu."

"Kita pun hairan juga. Kalau dah sakit apa salahnya. Inilah masalah yang dihadapi oleh badan penyiasat tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia di sini.

Abdullah berkata ada pihak yang membuat tuduhan apabila kerajaan tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai siasatan itu tetapi hakikatnya tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

"Kalau hendak buat siasatan biarlah lengkap dan sepenuhnya. Saya akan arahkan mereka (pasukan penyiasat) umumkan hasil siasatan," katanya.

Ditanya sama ada badan itu telah diberikan tempoh untuk menamatkan siasatan, Abdullah berkata: "Kalau suruh cepat-cepat kerja tidak jadi elok. Maka hasilnya dipertikaikan.

" Katanya siasatan berkenaan akan dijalankan dengan rapi dan tiada usaha untuk sengaja melengah-lengahkannya kerana siasatan yang rapi hasilnya akan lebih dipercayai. -- BERNAMA