Mengapa Raja-raja Melayu Mesti Dipulaukan?

19 September, 1999

Saranan para pemimpin UMNO supaya rakyat tidak melibatkan raja-raja dalam isu 'meracun DSAI' sebagai satu penghinaan ke atas institusi beraja negara ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kes berhubung bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa diracun tidak perlu dirujuk kepada Raja-Raja Melayu.

Pemimpin UMNO juga dinasihatkan supaya jangan mempolitikkan isu kesihatan DSAI, walau pun benar beliau bekas ahli politik. Kini beliau adalah banduan penjara dan perbuatan meracun beliau melalui pemakanannya serta tempat tinggalnya merupakan satu perbuatan yang melanggar tatasusila kemanusiaan dan melanggar hak asasi seorang manusia lain.

Memang tradisi Kerajaan BN memulaukan institusi beraja, hingga sanggup melucutkan kekuasaan mereka dengan menonjolkan kelemahan mereka. Ini adalah perbuatan para pemimpin UMNO sejak 1983 diketuai oleh Mahathir Mohamad.

Namun di kalangan rakyat, raja masih menjadi tonggak pemimpin tradisi  mahu pun di alaf baru. Hubungan antara raja dengan rakyatnya perlu diakrabkan kembali setelah isu pelucutan kuasa raja-raja merenggang serta memberikan salah tanggapan rakyat terhadap institusi beraja itu.

Justeru itu tidakj menjadi kesalahan rakyat menemui raja mereka, saling berkenalan dan memupuk muafakat dan menjalin perpaduan. Bukankah perpaduan menjadi teras perjuangan UMNO sendiri?


KEMBALI

 

PASIR PUTEH, 18 Sept (Bernama) -- 

Katanya ini kerana kes itu tidak ada kena mengena dengan Raja-Raja Melayu sebaliknya lebih menyentuh kepada soal politik.

"Sekarang kes itu dalam penyiasatan dan ia mesti dikendalikan oleh pakar dalam kerajaan, mereka boleh memberi hasil siasatan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung persatuan peladang tiga daerah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan parti Keadilan dalam laman webnya di Internet dan risalah yang diedarkan di masjid-masjid selepas solat Jumaat semalam menghebahkan cadangan parti itu untuk mengemukakan memorandum mengesa campur tangan istana dalam kes itu.

Memorandum itu dijangka diserahkan kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri hari ini manakala kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Razaleigh berkata tindakan itu hampir sama seperti yang berlaku di Kelantan apabila parti pembangkang cuba mengaitkan raja dalam isu politik.

Beliau juga percaya memorandum itu tidak mungkin diberi sebarang pertimbangan oleh Raja-Raja Melayu kerana ia bukan berbentuk forum.

Selain itu, Razaleigh berkata pihaknya bercadang mengadakan seminar mengenai potensi industri yang berasaskan herba di Kelantan secepat mungkin.

Beliau berkata kerajaan pusat khususnya Kementerian Pertanian akan diminta bekerjasama bagi menjayakan seminar yang penting itu khusus bagi membantu pekebun yang sedang menghadapi kejatuhan harga getah.

Katanya beliau akan berusaha menarik minat pakar-pakar herba di seluruh negara supaya dapat berbincang dan memberi pandangan bagaimana industri herba itu dapat diusahakan secara komersil di Kelantan.

Razaleigh berkata pekebun kecil getah akan memperolehi faedah sampingan dengan menanam pokok-pokok herba di kebun getah masing-masing, memandangkan kosnya rendah tetapi hasilnya lumayan.

Beliau berkata ini memandangkan herba yang dihasilkan di Malaysia mendapat pujian daripada pengguna di beberapa buah negara lain kerana mujarab menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik. -- BERNAMA