Menapa Azizan Perlu Segera Menikah?

19 September, 1999

Tindakan terburu-buru Azizan menikahi Noorhayati dirasakan ada muslihatnya. Ini adalah kerana beliau menjadi saksi utama kepada kes liwat DSAI.

Sebelum ini Umi Hafilda juga selaku saksi utama telah dikaitkan dengan perlakuan buruknya dan sebagai 'wanita berniat jahat' terhadap DSAI juga sudah menikahi Kahairuddin yang juga salah seorang saksi perbicaraan kes ini.

Namun tindakan Azizan dilihat sebagai 'segera' kerana dipercayai beliau menerima tekanan pihak tertentu yang pastinya menyatakan kesulitan mereka meneruskan pendakwaan mereka terhadap DSAI kerana kredebiliti Azizan memang sudah luntur dan lama pun telah lebur.

Namun mahkamah kanggaroo Malaysia dipercayai akan menggunakan kuasa 'tangan ajaib' untuk merestui kredebiliti baik Azizan, meski pun nyata beliau adalah seorang fasik dan dalam Islam beliau tidak layak untuk bergelar saksi.

Biar bagaimana Azizan akan diliwat oleh 'tangan ajaib' itu, sebagai manusia biasa marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada Azizan!!


KEMBALI