Laporan Penyerahan Memo Kepada DYMM Sultan Perak

19 September, 1999

Berita ini adalah lanjutan pertama dalam laporan laman ini semalam.

Himpunan rakyat menjadi semakin besar dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa mengawal kesesakan yang berlaku. Namun sebegitu ramai kira-kira 15,000 orang hadir di saat kemuncak penghantaran memo rakyat kepada Paduka Seri Sultan Perak, tiada kekacauan berlaku di negeri ini, juga dipercayai di seluruh negara.

Ini sebenarnya menjadi bukti kepada umum bahawa rakyat tidak pernah mencetuskan huru hara. Mereka hanya ingin bersuara menyatakan rasa hati mereka tentang ketidakadilan. Majlis penyerahan terpaksa menunggu isyarat dari pihak istana kerana baginda Sultan Perak sedang mengalami gering di saat ini.

Apabila isyarat persediaan diterima perarakan menuju ke Istana Bukit Chandan dimulakan oleh pimpinan KeADILan negeri ini. Ketua Setiausaha Istana telah menerima memorandum rakyat yang disampaikan oleh Hamdan Taha, pimpinan utama AJK KeADILan pusat bagi pihak DYMM Sultan Azlan Shah.

Namun sebelum acara penghantaran ini pengumuman dibuat bahawa memo rakyat mendapat sokongan pihak istana terutama Raja Muda, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlah Shah.

Kejayaan penghantaran memo rakyat kepada pihak istana merupakan laluan kembali setelah kita dipisahkan daripada innstitusi beraja selama lebih 15 tahun lalu, sewaktu Maha Firaun itu melucutkan kekuasaan mereka.


KEMBALI