FRU Ganasi Rakyat di Masjid Negara

20 September, 1999

Maklumat terkini yang diterima melalui saudara Mahfuz Omar bahawa perhimpunan rakyat di Masjid Negara petang tadi (selepas zohor) dianggarkan antara 15,000 hingga 20,000 orang.

Namun peristiwa menyedihkan ialah apabila mereka tidak dibenarkan berarak secara beramai-ramai ke Istana Negara. Jumlah yang dibenarkan hanya dalam 200 orang sahaja. Dan 8 orang wakil Parti Alternatif dibenarkan berjumpa Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor.

Perkumpulan orang ramai di dalam kawasan masjid negara menjadi haru biru apabila FRU melepaskan air beracun ke atas orang ramai hingga ke dalam masjid.


KEMBALI