Politik Rakyat Sejahtera, Politik  UMNO Ribut!!

20 September, 1999

Timbalan Perdana Menteri Pak Lah B menyifatkan tindakan penyokong parti Keadilan mengemukakan memorandum kepada Raja-raja Melayu, akan meributkan lagi suasana politik di negara ini adalah tidak benar sama sekali.

Ini adalah kerana menjadi bukti kepada seluruh dunia bahawa tanpa campurtangan polis dan FRU, maka rakyat boleh berhimpun dalam keamanan dan menghormati hak dan tanggungjawab mereka pada negara. Ini telah berlaku pada majlis menghantar memorandum rakyat kepada Sultan di negeri masing-masing.

Campurtangan polis dan FRU telah mencemarkan majlis menghantar memorandum rakyat kepada YDP Agong di Istana Negara semalam. Inilah bukti bahawa rakyat tidak mencetuskan huru hara.

Sebaliknya, mengundang institusi beraja dalam isu keracunan DSAI menambah bebanan serta meributkan lagi kegawatan politik UMNO yang sedia ada.


KEMBALI