Pak Lah B Berbohong Mengenai Layanan Kepada DSAI

20 September, 1999

Kenyataan Pak Lah B yang menafikan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat layanan buruk dalam penjara itu perlu kepada penjelasan selanjutnya kepada rakyat.

Pak Lah B mendakwa, DSAI diberikan sebuah bilik yang selesa iaitu lebih besar dari ruang tamu rumah kos rendah yang dilengkapi bilik air, mempunyai tingkap, katil dan mendapat bahan bacaan serta dibenar menunaikan solat Jumaat.

Beliau juga mendakwa, adalah tidak benar kononnya Anwar diberi makan ikan dan sayur yang telah busuk serta tinggal dalam bilik yang sempit dan gelap.

Beliau turut membidas parti-parti politik lain termasuk Pas supaya tidak menipu rakyat dalam kempen mereka kerana rakyat boleh menilai dan membuat keputusan yang bijak.

Kenyataan Pak Lah B disifatkan sebagai membohongi rakyat dan melindungi pihak tertentu yang kini dipertanggungjawabkan atas keselamatan dan kesihatan DSAI semasa dalam penjara. Sebagai Menteri Dalam Negeri maka Pak Lah B tidak dapat lari dari bertanggungjawab jika berlaku di atas kecuaian samada di pihak polis atau pihak penjara.

Maklumat yang diperolehi oleh rakyat melalui internet lebih jelas dan tepat berbanding dengan kenyataan akhbar. Ini adalah kerana bentuk layanan yang diberikan itu disampaikan sendiri oleh mereka yang terlibat dengan 'tabir bilik besi' itu.


KEMBALI