Kenyataan Liong Sik Hanya Gimik Politik

20 September, 1999

Hj. Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Pengerusi MCA Dato Seri Lim Liong Sik bahawa masyarakat Cina keseluruhan sudah komited akan membantu BN dalam pilihanraya umum nanti, sebagai gimik politik mereka.

Menurut Hj. Mahfuz lagi, BN sedang dilanda ketenatan dan beliau sendiri telah berjumpa dengan pemimpin kaum Cina bagi mendengar pendapat mereka tentang BN. Nyata kaum Cina tidak berpuashati dengan perjalanan pentadbiran kerajaan BN dalam banyak hal terutama yang melibatkan soal budaya dan bahasa ibunda mereka.

Justeru itu menurut Mahfuz lagi perjuangan kaum Cina di negara ini hampir sama dengan perjuangan orang Melayu yang menuntut Sekolah Agama Rakyat diselenggara dengan lebih baik lagi.

Hj. Mahfuz Omar berkata demikian sewaktu sessi dialog dengan ahli PAS dalam kawasan Parlimen Tambun di Markas PAS Taman Meru semalam.


KEMBALI