20 September, 1999
Jika diibaratkan sebuah perlawanan bolasepak, BN disifatkan sebagai pasukan yang sedang bertahan, akibat diasak oleh pasukan lawan dan disertai dengan sorakan dan sokongan padu penonton-penonton.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di negara ini setelah 9 kali melaluinya, maka pilihanraya kali ini menyaksikan BN dan UMNO hanya sekadar bertahan akibat terlalu diserang oleh pasukan lawan. Inilah petanda kelemahan UMNO dan para penyokong di luar perlawanan yang menyebelehi pasukan lawan, menyebabkan UMNO menjadi cemas.
Demikianlah ibaratnya UMNO hari ini. Namun pengalaman memenangi 9 kali pilihanraya lalu akan dipergunakan oleh UMNO disertai dengan pelbagai taktiknya, maka jika tidak benar-benar kuat dan bersefahaman maka UMNO mungkin dapat memenangi perlawanan itu.
Gambaran ini diberikan oleh Hj. Mahfuz Omar semasa memberikan taklimatnya dalam majlis dialog bersama ahli PAS kawasan Tambun di Markas PAS Taman Meru petang semalam. Majlis yang dijadualkan bermula jam 3 petang itu terpaksa ditunda 1 jam akibat hujan lebat.