Edisi Khas: Mari Kenangkan Peritiwa Pahit Ini

20 September, 1999

Hari ini merupakan genap setahun DSAI ditangkap dan ditahan selepas 16 tahun dimuliakan dan disanjungi oleh pimpinan UMNO sendiri yang diketuai oleh Dr. Mahathir Mohamad.

Peristiwa penahanan ini sering diperkatakan dan dipersoalkan kerana ia melibatkan pasukan polis serta memperkudakan sistem perundangan negara bagi kepentingan pihak PM Mahathir. Rakyat boleh melihat dengan jelas penyelewengan itu, walaupun dinafikan beribu kali oleh Mahathir dan pasukan polis.

DSAI diserbu rumahnya oleh pasukan UTK yang bertopeng ala Mosaad (polis Israel) didikan Tan Sri Rahim Noor. Jelas kepada rakyat bahawa pasukan polis boleh diperalatkan oleh segelintir pimpinan negara untuk cita-cita politik murahan mereka, apabila mendapati ada pihak lain boleh memberikan saingan dan mengancam kepentingan dirinya.

DSAI diserbu rumahnya dan dipecah masuk oleh pasukan Mosaad ini pada jam 8.55 malam dan peristiwa ini sempat difilemkan beberapa pihak dan anda boleh mendapatkan dalam bentuk cd dan video untuk koleksi sejarah.

Malam bersejarah ini setahun lalu, DSAI telah ditumbuk dalam satu percubaan membunuhnya dengan keadaan mata bertutup dan digari oleh Rahim Noor yang disifatkan sebagai 'bapa anjing' lagi dayus oleh rakyat negara ini kerana berani dalam keadaan DSAI tidak bersedia melawan.

Catatan sejarah politik dan negara tercemar pada detik ini setahun lalu dengan peristiwa hitam ini dan ia menjelaskan bahawa amalan sistem demokrasi di Malaysia membenarkan penglibatan polis secara terang terangan menyebelahi politik tertentu serta runtuhnya kredebiliti pihak polis di mata rakyat hingga ke hari ini.

Tatapan peristiwa bagaimana DSAI dipukul boleh juga anda dapati dalam versi kerajaan melalui Buku Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dijual kepada umum.

Namun ramai golongan pemerhati berpendapat, paparan di dalam internet berhubung dengan peristiwa ini lebih tepat untuk dijadikan rujukan sejarah tanahair, yang pastinya akan diselewengkan faktanya nanti untuk menutup kelemahan kerajaan yang memerintah.

Bermula tarikh keramat ini juga maka para ulama seorang demi seorang mula mengundurkan diri dari bersekongkol dengan pemerintahan yang zalim dan mereka mengistiharkan jihad melawan kezaliman.

Minda Rakyat mengambil kesempatan ini untuk bertafakur merenungi peristiwa satu tahun lampau dan menginsafi keadilan dan kebenaran yang sudah diliwat oleh pimpinan kerajaan BN yang hingga kini masih angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.

Sambil berdoa dan bertawakkal kepada Allah, marilah kita meneruskan usaha dan perjuangan kita untuk membebaskan Malaysia dari 'tangan-tangan yang rakus' supaya Malaysia merdeka kembali dari penjajahan bentuk baru, bangsa sendiri.

Janganlah kita mempersiakan pengorbanan yang Allah takdirkan kepada DSAI untuk menuntut pembelaan dan kebenaran. Mulakan langkah anda dan belum terlambat. Hanya satu cara paling sesuai iaitu dengan menjatuhkan kerajaan BN dalam sessi pilihanraya umum negara akan datang.

Komitmen anda selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, sangat dihargai oleh generasi akan datang sebagai agen perobah kepada kebatilan yang menguasai pemerintahan negara ini masa kini, kerana ... negara kita, tanggungjawab kita!!

Polong Cyber