21 September, 1999
Kenyataan Presiden parti Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang mendakwa perikatan yang dibentuk oleh parti-parti pembangkang ibarat "berkhalwat" jelas menghina rakyat dan keadilan yang diperjuangkan oleh majoriti rakyat negara ini.
Parti komponen BN itu jelas kekeringan modal untuk berkempen kerana rakyat sudah mengetahui tembelang mereka selama ini. Justeru itu, rakyat tidak akan tertipu lagi dengan helah kerajaan BN dan parti komponen mereka yang melaung-laungkan pembelaan kepada nasib rakyat. Sebaliknya hanya mementingkan kroni dan mereka berkunjung menemui rakyat hanya 5 tahun sekali.