21 September, 1999
Tindakan media memperbesar-besarkan kecederaan polis dalam perhimpunan rakyat di Masjid Negara Ahad lalu, disifatkan sebagai meletakan kesalahan terhadap rakyat semata-mata. Ia juga sekaligus mahu menutup kesalahan polis yang membelasah teruk orang awam yang berkumpul.
Ahad lalu, lebih 100,000 orang penduduk dari seluruh negara berhimpun dalam satu gerakan untuk menghantar memorandum rakyat ke bawah duli YDP Agong di Istana Negara. Ia adalah lanjutan dari tindakbalas rakyat terhadap 'isu keracunan' yang dialami oleh DSAI semasa dalam tahanan penjara Sg. Buloh.
Pihak polis telah bertindak memprovokasi rakyat dan membelasah mereka yang berhimpun dalam perhimpunan itu. Kezaliman polis terhadap rakyat bukan isu baru lagi kerana mereka telah dibelasah, sejak gerakan reformasi dilancarkan setahun lalu oleh DSAI.
Sebaliknya dalam perhimpunan di negeri-negeri pada hari sebelumnya, untuk menyampaikan memorandum kepada sultan negeri masing-masing, tidak ada sebarang kekecohan dan huru hara kerana tiada campurtangan FRU dan polis.
Di Kuala Kangsar, pihak polis datanag ke perhimpunan tersebut kerana mahu menyerahkan permit perhimpunan, satu perkara yang amat membanggakan berlaku. Justeru itu, amat jelas kepada rakyat bahawa campurtangan FRU dan pasukan keselamatan hanya akan mengerohkan suasana perhimpunan rakyat kerana setiap kali percuibaan mereka memantau perhimpunan rakyat, akan berlakulah kekeacauan dan rusuhan. Ia juga bukti bahawa rakyat tidak pernah menimbulkan insiden yang memilukan sebagaimana terjadi Ahad lalu, jika pihak polis tidak campurtangan.