Hanya Masjid Tempat Berlindung

21 September, 1999

Hanya masjid tempat paling selamat dan sesuai untuk berlindung. Ia bukanlah semata-mata merujuk kepada peristiwa Ahad lalu dimana sekitar 100,000 berkumpul dan berlindung  di Masjid Negara. Malah selanjutnya institusi masjid perlu diperlihat dalam konteks lebih luas, selain dari tempat ibadat sembahyang semata-mata.

Di masjid mungkin ada pidato, kegiatan ekonomi, perbincangan serta aktiviti politik yang berpihak kepada Islam.

Perkara ini ditegaskan oleh seorang tokoh agama tempatan yang namanya enggan disiarkan. Beliau juga merujuk kepada sepotong firman Allah bermaksud:

"Dan di antara (sifat orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang mu'min) dan kerana kekafirannya dan untuk memecahbelah antara orang mu'min serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dulu lagi. Mereka sesungguhnya bersumpah:'Kami tidak menghendaki selain kebaikan'. Dan Allah menjadi saksi bahawa mereka adalah pendusta (dalam sumpahannya)". At Taubah:107


KEMBALI