Maha Firaun Sifatkan DSAI Penghasut No: 1 Negara!!!

21 September, 1999

PM MahaFiraun semalam menyifatkan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghasut nombor satu yang tidak bertanggungjawab. Beliau mendakwa Anwar pintar membakar semangat penyokongnya dengan menggunakan alasan-alasan yang palsu supaya mereka merusuh.

Pada 1974, DSAI cuba membela petani-petani di Baling tetapi disifatkan oleh Maha Firaun itu sebagai menghasut penuntut supaya merusuh  atas alasan ada seorang budak di Baling, Kedah mati kebuluran.

Tuduhan Maha Firaun bahawa DSAI adalah penghasut nombor satu sangat dikesalkan kerana beliau (DSAI) telah dihukum setahun lalu, bagaimana beliau boleh menghasut rakyat?

Ahad lalu, kira-kira 100,000 penyokong Anwar berdemontrasi di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan anggota polis cuba campurtangan hingga menyebabkan pergelutan yang membawa berpuluh-puluh rakyat cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan sudah menyedari bahawa tindakan Maha Firaun memenjarakan dan meracun DSAI sebagai percubaan mahu menghapuskan musuh politik utamanya. Justeru itu rakyat bangun menentang kezaliman Maha Firaun dan mengadakan demontrasi serta menghantar memorandum kepada YDP Agung dan Raja-raja Melayu.

KEMBALI